Tol percuma sempena Krismas

Tol percuma sempena Krismas

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata tol percuma itu akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula 23 dan 24 Dis ini.

sesak
Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada Isnin dan Selasa ini sempena perayaan Hari Krismas.
KUALA LUMPUR:
Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada 23 dan 24 Dis ini sempena perayaan Hari Krismas.

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan, hari ini memaklumkan tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini hingga 11.59 malam, 24 Dis.

Bagaimanapun, beliau berkata pengecualian tol itu hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol, kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

“Kerajaan Madani telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja selaras dengan aspirasi ‘Madani di Hati, Rakyat Disantuni’ sempena perayaan Hari Krismas 2024.

“Implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM38 juta,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.