Lelaki didakwa tipu tukaran wang asing parah dipukul

Lelaki didakwa tipu tukaran wang asing parah dipukul

Polis berkata mangsa cedera parah di kepala akibat dipukul sekumpulan individu yang tidak berpuas hati kerana ditipu dalam urusan pertukaran mata wang asing.

handcuff
Ketua Polis Kuala Langat, Akmalrizal Radzi berkata polis menahan reman enam lelaki berusia 25 hingga 53 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
SHAH ALAM:
Seorang lelaki cedera parah akibat dibelasah sekumpulan individu yang dipercayai tidak berpuas hati kerana ditipu membabitkan urusan pertukaran mata wang asing di Jenjarom, Kuala Langat semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor Hospital Banting kira-kira 10.50 malam semalam yang memaklumkan seorang lelaki tempatan mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan dirawat di zon merah.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia 25 hingga 53 tahun dan direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Mereka ditahan di sekitar Kuala Langat dan Kuala Lumpur. Berdasarkan siasatan, dipercayai mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dipukul menggunakan senjata kayu dan objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan itu.

“Polis masih mengesan suspek lain yang terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular menerusi laman sosial rakaman video memaparkan sekumpulan individu bertindak membelasah seorang individu berdekatan dengan sebuah restoran dalam kawasan Kuala Langat malam semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.