
PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas disambar buaya di sebatang sungai di Asajaya di Samarahan, Sarawak petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Sarawak berkata serangan berlaku di Sungai Sampun di Kampung Sampun Tebun, Asajaya, lapor Harian Metro.
Menurut jurucakap itu, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.42 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa yang dikenali sebagai Gindek Julau ditemui di Sungai Sampun oleh abangnya sebelum ketibaan anggota bomba.
“Anggota bomba kemudian mengambil mayat mangsa menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.