
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Johor hingga Jumaat, manakala Sarawak dan Sabah hingga Ahad ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Johor ialah Mersing dan Kota Tinggi hingga esok.
Di Sarawak, hujan berterusan hingga 22 Dis ini melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) serta Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).
MetMalaysia mengingatkan orang ramai sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko akibat hujan lebat.