SKMM terbit laporan rundingan draf kod tatalaku media sosial, pesanan internet

SKMM terbit laporan rundingan draf kod tatalaku media sosial, pesanan internet

Sesi rundingan berakhir 5 Nov lalu telah mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan termasuk penyedia perkhidmatan, pemain industri dan orang awam.

Kerajaan membangunkan kod tatalaku (amalan terbaik) bertujuan memupuk persekitaran dalam talian lebih selamat untuk semua rakyat. (Freepik pik)
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menerbitkan laporan mengenai Rundingan Awam berhubung Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM memaklumkan sesi rundingan awam yang berakhir pada 5 Nov lepas bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk penyedia perkhidmatan, pemain industri dan orang awam.

MCMC memberitahu rundingan awam itu diadakan untuk mendapatkan pandangan bagi menghalusi dan menambah baik draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) sebelum penerbitannya sebagai amalan terbaik industri menjelang 1 Jan 2025.

“Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) ini bertujuan memupuk persekitaran dalam talian yang lebih selamat untuk semua rakyat Malaysia, dengan fokus spesifik kepada perlindungan kanak-kanak dan golongan rentan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu,SKMM menghargai maklum balas dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak serta pandangan mereka dalam membantu untuk memastikan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) adalah jelas, fleksibel dan praktikal.

“Sumbangan ini penting untuk menyokong usaha mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan terjamin.

“Walaupun versi akhir Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) akan diterbitkan dalam masa terdekat, laporan rundingan awam yang kini tersedia memberikan gambaran keseluruhan tentang maklum balas yang diterima,” menurut SKMM.

Suruhanjaya itu juga telah meneliti dan mempertimbangkan maklum balas berkenaan dengan teliti untuk menambah baik draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik).

Laporan penuh mengenai rundingan awam ini boleh dilayari dan dimuat turun menerusi pautan https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/PressRelease/MCMC_Public-Consultation-Report-on-Draft-Code-of-Conduct-Best-Practice-for-Service-Providers-18122024.pdf.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.