
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, YTL Power International Berhad berkata pihaknya menerima pengesahan terbabit daripada SPRM.
“Tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap YTL Comms,” katanya.
Pada 4 Sept, SPRM telah memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Comms pada 2011.
YTL Comms adalah anak syarikat YTL Power.
Syarikat itu sebelum ini menepis tuduhan salah laku dan menjelaskan pihaknya telah diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka.
Menurutnya, tender tersebut diberikan apabila bidaan pihaknya adalah yang paling mematuhi teknikal dan efektif dari segi kos berbanding kalangan 18 pembida, menunjukkan keupayaan dan merit syarikat.
Menurutnya tuduhan salah laku itu, yang membawa kepada siasatan oleh SPRM adalah amat serius dan menjejaskan reputasi syarikat.
1BestariNet dimulakan pada 2011 ketika Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menjadi menteri pendidikan.