Pemilik syarikat direman kes rasuah gelaran Datuk Seri

Pemilik syarikat direman kes rasuah gelaran Datuk Seri

Sumber berkata suspek disiasat berkait dakwaan meminta dan menerima lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri secara bersindiket.

macc
Menurut sumber, suspek ditahan 4.45 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
MELAKA:
Seorang wanita berusia 46 tahun yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor direman enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri dua tahun lalu.

Menurut sumber, suspek ditahan 4.45 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

“Suspek disiasat berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri secara bersindiket,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi serta hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Permohonan reman terhadap suspek dibuat SPRM di depan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan perintah reman itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.