‘Berasap’ di kedai makan, Tok Mat minta dikompaun

‘Berasap’ di kedai makan, Tok Mat minta dikompaun

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata menteri luar itu minta dikompaun dengan notis akan diberikan hari ini.

mohamad hasan
Mohamad Hasan mahu dirinya dikompaun dan sedia bayar nilai kompaun itu susulan gambarnya merokok di sebuah kedai makan tular di X.
PETALING JAYA:
Menteri Luar Mohamad Hasan minta dikompaun atas kesalahan merokok di sebuah kedai makan, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, notis kompaun akan diberikan hari ini.

“Jujurnya, YBM DS Mohamad Hasan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya di X merujuk gambar Mohamad merokok di kedai makan.

Semalam, Dzulkefly berkata tiada sesiapa pun terkecuali daripada penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), merujuk

Beliau berkata, Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lalu akan dilaksanakan tanpa pilih kasih.

Mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, sesiapa yang didapati merokok di kawasan larangan merokok boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, manakala pemilik perniagaan yang gagal mempamer papan tanda larangan merokok boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.

Seksyen 16 Akta 852 pula memperuntukkan individu merokok di kawasan larangan merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.