2 maut, 2 parah kemalangan di Alor Setar

2 maut, 2 parah kemalangan di Alor Setar

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja Salim Abd Razak berkata kemalangan itu membabitkan dua kereta yang dipercayai bertembung.

Hospital Sultanah Bahiyah
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja Salim Abd Razak berkata mangsa cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan ambulans. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua maut dan dua lagi parah dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Lencong Barat, Alor Setar malam tadi.

Difahamkan, sebuah kereta Mercedes Benz dan Hyundai bertembung dekat pusingan U dalam nahas pada 8.50 malam tadi.

Harian Metro melaporkan seorang mangsa maut berada di atas bumbung Mercedes Benz dan seorang lagi di atas jalan raya bersama dua lagi mangsa parah. Pemandu kereta Hyundai itu pula dipercayai cedera ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Salim Abd Razak, berkata sepasukan anggota dari BBP itu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 8.53 malam.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan dua kereta yang dipercayai bertembung.

“Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan,” katanya menurut akhbar itu.

Beliau berkata, mangsa cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan ambulans.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.