Segera bentang kertas putih berkait 3M, keciciran murid, KPM diberitahu

Segera bentang kertas putih berkait 3M, keciciran murid, KPM diberitahu

Ketua Putera MIC Shatesh Kumar Sangar berkata pembentangan dan reformasi pendidikan itu perlu dibuat seawal tahun depan.

upsr
Setiap murid berhadk mendapat peluang pendidikan sama tanpa mengiran sosioekonomi, menurut Ketua Putera MIC Shatesh Kumar Sangar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin MIC menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membentangkan kertas putih mengenai isu penguasaan 3M (membaca, menulis, dan mengira) selain literasi dan keciciran murid.

Ketua Putera MIC Shatesh Kumar Sangar berkata isu terbabit dikenal pasti antara permasalahan utama dalam sistem pendidikan yang memerlukan tumpuan untuk diselesaikan segera.

Shatesh Kumar Sangar
Shatesh Kumar Sangar.

Menurutnya, statistik menunjukkan dianggarkan 27.24% murid dikenal pasti belum menguasai 3M pada 2023 dan tahun ini menunjukkan masih ada jurang besar dalam pencapaian pelajar terutamanya di kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.

Jelasnya, keciciran murid memerlukan perhatian mendalam kerana setiap insan berhak mendapat peluang sama untuk berjaya tanpa terpinggir kerana sosioekonomi.

“Oleh itu, Putera MIC mendesak KPM segera menyediakan dan membentangkan kertas putih lebih komprehensif mengenai isu tersebut.

“Fokus utama pada langkah konkrit meningkatkan penguasaan 3M, memperkukuhkan kemahiran literasi dan menangani keciciran secara sistematik,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, reformasi pendidikan itu perlu segera dimulakan seawal tahun 2025 untuk memastikan masa depan pendidikan negara lebih inklusif dan berkualiti.

“Ia kunci membangunkan negara dan kami komited untuk terus mendesak supaya perubahan ini dilaksanakan segera,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.