
Merujuk kepada Perkara 1 Perlembagaan Sabah, Fahmi berkata perdana menteri tidak ada peranan dalam apa jua keadaan dalam proses lantikan itu.
Perlembagaan Sabah menyatakan Yang Dipertua Negeri dilantik mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat daripada ketua menteri.
“Sebelum YB membuat kenyataan tanpa asas fakta seperti ini, seharusnya YB teliti dahulu Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah yang jelas menyatakan tugas dan tanggungjawab dalam pelantikan TYT Sabah,” kata Fahmi di X.
Fahmi yang juga ketua penerangan PKR memuat naik perlembagaan negeri itu, sambil menyatakan Amira boleh menelitinya sendiri.
Amira menuduh Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ‘paling hipokrit’ atas lantikan Musa. Sebelum ini, presiden PKR pernah mengkritik keputusan Jabatan Peguam Negara membebaskan Musa daripada 46 pertuduhan dan pengubahan wang.
Adun Puteri Wang itu mengakui bahawa Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mencalonkan Musa, namun beliau sebahagian kerajaan perpaduan dan pengerusi Gabungan Rakyat Sabah.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Penerangan Muda Leben Siddarth mendesak Pakatan Harapan menyatakan pendirian berhubung pelantikan Musa, merujuk kes rasuah pernah dihadapinya.