Akauntan rugi RM90,000 terpedaya pelaburan tak wujud

Akauntan rugi RM90,000 terpedaya pelaburan tak wujud

Mangsa berusia 33 tahun diperdaya untuk menyertai kumpulan di Whatsapp, kononnya milik sebuah syarikat pelaburan.

online scam
Mangsa ‘melabur’ RM90,000 bermula 26 Sept hingga 12 Dis lepas dengan melakukan transaksi ke empat akaun bank yang berdaftar atas nama syarikat.
JERTIH:
Seorang akauntan wanita rugi RM90,000 akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan di aplikasi WhatsApp pada 17 Sept lepas.

Pemangku Ketua Polis Besut Md Sani Md Saleh berkata, mangsa yang berusia 33 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta dihubungi individu tidak dikenali serta diperdaya untuk menyertai kumpulan di aplikasi itu yang kononnya milik sebuah syarikat pelaburan.

“Suspek memujuk mangsa dengan menjanjikan pulangan pelaburan tinggi yang akan diterima dalam tempoh 24 jam mengikut kadar bayaran yang dibuat,” katanya dalam kenyataan.

“Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu melabur RM90,000 bermula 26 Sept hingga 12 Dis lepas dengan melakukan transaksi ke empat akaun bank yang berdaftar atas nama syarikat.”

Md Sani berkata, mangsa yang merasakan dirinya ditipu apabila tidak menerima bayaran keuntungan seperti dijanjikan tampil membuat laporan polis semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.