
Manakala bagi kumpulan M40 ialah RM23,500 dan bayaran penuh sebanyak RM33,300 bagi kumpulan T20.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, berkata kos haji bagi musim 1446H/2025M dikekalkan seperti tahun lalu iaitu RM33,300 bagi seorang jemaah.
Katanya, bagi tujuan mengekang kenaikan kos, pihaknya mengambil pelbagai langkah perlu termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan.
“TH dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji tahun ini di mana ia masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah Muassasah.
“Bagi mengawal kos, TH berusaha mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak meningkat,” katanya pada sidang media khas hari ini, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87% dari kos keseluruhan dan ia adalah di luar kawalan TH.