Gempa magnitud 2.8 landa Ranau

Gempa magnitud 2.8 landa Ranau

Ini gempa bumi lemah kedua yang melanda Sabah bulan ini.

2.8-magnitude
Jabatan Meteorologi berkata gempa bumi itu berlaku kira-kira 15km selatan Ranau.
PETALING JAYA:
Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 melanda Ranau, Sabah pada 2.56 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Menurutnya, gempa berpusat di koordinat 5.97°U dan 116.57°E itu berlaku pada kedalaman 10km.

Tetapi, katanya, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa itu.

“Gempa bumi berlaku kira-kira 15km selatan Ranau dan gegaran dirasai di kawasan sekitar.”

Ini gempa bumi lemah kedua melanda Sabah bulan ini, selepas gempa bermagnitud 2.7 melanda Tawau 5 Dis lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.