Banjir gelombang ke-3 dijangka landa Terengganu esok

Banjir gelombang ke-3 dijangka landa Terengganu esok

Ia susulan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramalkan sehingga Khamis ini.

banjir terengganu
Exco Terengganu Hanafiah Mat memberi amaran kawasan dalam lingkungan 5km dari lembangan sungai utama di Kemaman, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu paling berisiko terjejas banjir. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Banjir gelombang ketiga dijangka melanda Terengganu esok susulan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramalkan sehingga Khamis ini.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat, memberi amaran kawasan dalam lingkungan 5km dari lembangan sungai utama di Kemaman, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu paling berisiko terjejas banjir.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk sentiasa berwaspada dan mendengar arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh itu.

Katanya, kawasan paling berisiko banjir di Besut ialah Kampung Pok Sik, Kampung Belaoh, Felcra Keruak Kampung La, Chegar Batang, Pasir Akar, Jerubun, Bukit Payung dan Batu 13.

Kemaman membabitkan Padang Kubu, Pelantoh, Kampung Tebak, Batu 16 Tebak dan Kampung Sungai Mas.

Hulu Terengganu melibatkan Paloh Nyior, Bukit Taduk, Kampung Matang, Kampung Kepah, Pasir Dula, Kampung Tengkawang, Kuala Ping, Tok Lawit, Nibong, Kuala Telemong, Sekayu, Kampung Pelandan, Kampung Cheting, Kampung Menjing, Kampung Durian Bador, Padang Setar, Kampung Pengkalan Ajal, Paya Besar, Menerong, Kua, Peneh, PPSK Gunung Menerong, Lenjang dan Kampung Betong.

“Di Setiu pula, Kampung Langkap, Kampung Chalok Kedai, Batu 29, Gong Terap, Lubuk Panjang dan Felda Kampung Rahmat dikhuatiri dilanda banjir,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.