Lelaki maut dalam lumba drag

Lelaki maut dalam lumba drag

Mangsa warga Brunei ditemukan tersepit susulan kenderaan dipandu hilang kawalan.

Kenderaan dipandu Abang Adib Abang Ali, 36, hilang kawalan dalam perlumbaan Drag Battle di Litar Sandakan Turt Club.
PETALING JAYA:
Warga Brunei maut dalam acara Drag Battle selepas kenderaan dipandu hilang kawalan, dalam kejadian di Litar Sandakan Turt Club, Batu 5, Sandakan.

Mangsa, Abang Adib Abang Ali, 36, disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess Of Kent (HDOK) pada 5.25 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Sandakan K Ramasamy, berkata hasil siasatan awal polis mendapati mangsa adalah peserta dalam acara Drag Battle.

“Kenderaan Honda dipandu mangsa yang melepasi garisan penamat hilang kawalan lalu terbabas ke kiri litar perlumbaan.

“Mangsa tersepit dalam kenderaan yang dipandunya dan dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa masih berada di Unit Forensik dengan bedah siasat akan dijalankan hari ini.

“Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 13 saat menunjukkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.