SSPA: Kadar pencen pesara dijangka muktamad dalam masa terdekat

SSPA: Kadar pencen pesara dijangka muktamad dalam masa terdekat

Dilaporkan kira-kira 900,000 pesara kerajaan masih tunggu penjelasan rasmi mengenai kadar pencen sama ada akan diselaraskan.

penjawat awam
KSN kata kadar pencen di bawah SSPA sedang diperhalusi dan akan dibawa ke Jemaah Menteri pada Jumaat depan. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Kerajaan dijangka memuktamadkan kadar pencen di bawah Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi golongan pesara dalam masa terdekat, kata Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata buat masa ini perkara tersebut sedang diperhalusi daripada pelbagai aspek dan ia akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat depan.

“Kita tengah perhalusi, minggu hadapan kita akan bawa balik ke Jemaah Menteri dan kita akan putuskan,” katanya dan menyatakan bahawa kemungkinan akan ada berita baik yang diumumkan kelak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad.

Dilaporkan kira-kira 900,000 pesara kerajaan masih menunggu penjelasan rasmi mengenai kadar pencen mereka, iaitu sama ada ia akan diselaraskan mengikut skim gaji baharu atau tidak.

Pada 31 Okt, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata pesara kerajaan juga akan menerima manfaat daripada SSPA, apabila pencen yang diterima itu diselaraskan.

Beliau berkata pelarasan itu akan menambah peratusan pencen diterima pesara menerusi persetujuan oleh kerajaan, sekali gus membolehkan kumpulan itu menikmati kenaikan seperti diperoleh penjawat awam yang masih berkhidmat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.