Lebih 20 kampung di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli diramal banjir mulai Isnin

Lebih 20 kampung di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli diramal banjir mulai Isnin

JPS berkata amaran itu dikeluarkan susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi hari ini.

banjir kg tersang
Kampung Tersang di Rantau Panjang antara kampung yang dijangka dilanda banjir mulai Isnin hingga Rabu ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Lebih 20 kampung dan sebuah pekan di kawasan rendah dalam radius 5km dekat Sungai Golok di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli dijangka dilanda banjir mulai Isnin hingga Rabu ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurutnya, amaran itu dikeluarkan susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi hari ini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan ia membabitkan Kampung Tersang, Kampung Gual To’Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Kampung Banggol Kong, Kampung Bukit Lata dan Kampung Gelang Mas.

Kampung lain ialah Kampung Lanchang, Kampung Padang Kijang, Kampung Kelawar, Kampung Tasik Cina, Kampung Lubok Gong, Kampung Gual Dalam, Kampung Tok Deh, Kampung Tok Rusa, Kampung Telaga Mas dan Pekan Rantau Panjang.

Kampung di Tanah Merah pula ialah Kampung Jenob, Kampung Nibong, Kampung Renab dan Kampung Air Bujing serta Kampung Ayer Lanas di Jeli.

JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, khasnya di kawasan dijangka banjir mengambil langkah berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.