Dr Sam letak jawatan bendahari agung PN

Dr Sam letak jawatan bendahari agung PN

Ahmad Samsuri Mokhtar berkata surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada PN hari ini.

Ahmad Samsuri Mokhtar
Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menyatakan sebab peletakan jawatan sebagai bendahari agung Perikatan Nasional. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar meletak jawatan sebagai bendahari agung Perikatan Nasional (PN).

“Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri Mokhtar telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai bendahari agung PN hari ini,” kata menteri besar Terengganu itu menurut Harakahdaily dalam kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan PAS.

Samsuri yang lebih dikenali Dr Sam tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu dan PN juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.