Pengelasan T15 bagi RON95 diumum pertengahan 2025

Pengelasan T15 bagi RON95 diumum pertengahan 2025

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan wujudkan mekanisme rayuan penyasaran bahan bakar itu.

Rafizi Ramli berkata, rakyat dalam kelas T15 akan diumumkan tahun depan dengan kerajaan guna maklumat Padu bagi penyasaran RON95.
KUALA LUMPUR:
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata, pengumuman itu akan memberi ruang kepada mereka yang belum mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) untuk berbuat demikian dan yang telah berdaftar tetapi didapati tidak layak untuk membuat rayuan.

“Akan ada mekanisme untuk rayuan, jadi perkara ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan di stesen minyak kelak.

“Jadi, sebab itu tempoh separuh tahun pertama 2025 adalah bagi pelaksanaan (penentuan pengelasan) itu perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai pelaksanaan subsidi petrol RON95 dan pendekatan terhadap golongan yang terkesan bagi menerima bantuan sewajarnya.

Rafizi berkata, penyasaran subsidi RON95 tu mengambil kira aspek pendapatan boleh guna bersih dengan 85% rakyat dijangka layak mendapat subsidi berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.