Mangsa banjir 5 negeri naik kepada 6,179 di 42 PPS

Mangsa banjir 5 negeri naik kepada 6,179 di 42 PPS

Terengganu merekodkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 5,542 orang daripada 1,307 keluarga berlindung di 29 PPS di daerah Kemaman dan Dungun.

banjir kelantan
Penduduk menaiki bot untuk melakukan aktiviti harian selepas Kampung Limau Kasturi di Gua Musang dinaiki air susulan hujan lebat sejak semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jumlah mangsa banjir di lima negeri meningkat kepada 6,179 orang setakat 10 malam ini berbanding 5,311 orang pada 4.35 petang tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 1,476 keluarga ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan Johor.

Terengganu merekodkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 5,542 orang daripada 1,307 keluarga berlindung di 29 PPS di daerah Kemaman dan Dungun.

Kelantan menyusul dengan 288 mangsa membabitkan 71 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Gua Musang, manakala Pahang mencatatkan 160 mangsa daripada 46 keluarga di enam PPS di Maran.

Di Johor, 155 mangsa daripada 41 keluarga berlindung di tiga PPS di Segamat dan Tangkak.

Di Perak, sebuah PPS di Perak Tengah masih menempatkan 34 mangsa daripada 11 keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.