
Setakat bulan lepas, Kedah mempunyai jumlah kedua tertinggi (341), diikuti Sabah (289), dan Johor (275), Dewan Rakyat diberitahu.
Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, dan Putrajaya pula mencatatkan sifar miskin tegar.
Dalam jawapan bertulis, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, berkata seramai 2,191 KIR di seluruh negara berada di bawah kategori miskin tegar setakat 30 Nov, manakala 391,539 diklasifikasikan sebagai miskin.
Zaliha menjawab soalan S Kesavan (PH-Sungai Siput), yang meminta pecahan mereka yang berdaftar di bawah eKasih.
Mengenai KIR di bawah kategori miskin, beliau berkata Sabah mempunyai jumlah tertinggi (71,900), diikuti Sarawak (58,877), dan Kelantan (58,684).
Putrajaya mencatatkan bilangan KIR miskin terendah iaitu 38, diikuti Labuan (1,772), dan Kuala Lumpur (6,382).