
Perkara itu diumumkan beliau pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali ke-13 bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini hari ini.
Hamidin dilantik sebagai Presiden FAM pada Julai 2018.
Pelantikan Hamidin menggantikan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Beliau kemudian berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal 2021-2025 selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-57.
Hamidin merupakan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 dan seorang daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC.
Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029 dijadual berlangsung pada 15 Feb 2025.