
Fuziah berkata, dakwaan bahawa PKR mempolitikkan bantuan untuk mangsa banjir adalah tidak berasas dan bertujuan untuk mencemarkan nama baik parti itu.
“Saya akan periksa dengan ahli parti tetapi jawapan segera saya ialah ini adalah fitnah semata-mata,” katanya kepada FMT.
Fuziah menjelaskan, pihak yang cuba memfitnah PKR nampaknya tidak mengkaji dakwaan itu, memandangkan pendaftaran ahli kini dibuat secara dalam talian.
“Mana ada isi borang keahlian. Sekarang kena dalam talian saja,” katanya.
Bagaimanapun, Fuziah berkata PKR akan siasat dakwaan itu.
Terdahulu, tersebar satu catatan Facebook menuduh PKR mempolitikkan bantuan banjir, dengan seorang individu yang dikatakan mangsa mendakwa mereka diberitahu supaya mendaftar sebagai ahli parti untuk menerima bantuan.