
Kejadian itu berlaku 8.30 pagi semalam ketika kapal terbabit dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Mohammad Zaini Zainal Abidin, berkata dua kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot pasukan Polis Marin digerakkan ke lokasi selepas pihaknya menerima aduan pada 8.40 pagi.
“Siasatan mendapati, seramai 19 kru terdiri seorang warga tempatan manakala 18 warga Filipina. Semua dilapor selamat dan dipindahkan ke bot peronda APMM sebelum dibawa ke jeti,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.
Beliau berkata, pihaknya ketika ini masih giat melakukan kerja memadam api dan setakat ini tiada laporan tumpahan minyak di perairan susulan insiden.