
Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairuddin, berkata tangkapan melibatkan suspek berusia 14 hingga 16 tahun.
Katanya, kejadian disedari pengurusan sekolah ketika memasuki pejabat sebelum mendapati wang tunai disimpan dalam peti hilang kira-kira 7.30 pagi.
“Tiga remaja yang juga mangsa banjir dan ditempatkan di PPS sekolah berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Berita Harian.
Sementara itu, Khairi berkata, polis turut menerima satu kes kehilangan sebuah motosikal diletakkan di tepi jalan, semalam.
“Setakat ini, kita menerima dua laporan mengenai kes jenayah sepanjang musim bencana banjir yang bermula sejak dua minggu lalu,” katanya.
Mengulas balai polis ditenggelami banjir, beliau berkata, selain Balai Polis Kuala Jengai di Dungun, tiga pondok polis turut terjejas banjir iaitu Polis Pasir Raja di Hulu Dungun, Pondok Polis Felda Tenang di Besut, dan Pondok Polis Tepoh di Kuala Nerus.