Peniaga rugi lebih RM14,000 akibat iklan susu, tepung murah

Peniaga rugi lebih RM14,000 akibat iklan susu, tepung murah

Polis berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas menerima makluman bank, sebelum membuat laporan polis.

Mangsa yang berusia 54 tahun terpedaya dengan iklan susu dan tepung yang dijual pada harga murah.
PETALING JAYA:
Seorang peniaga kerugian lebih RM14,000 akibat terpedaya iklan tawaran harga susu dan tepung murah di laman sosial.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata tertarik dengan jualan murah itu, lelaki berusia 54 tahun berkenaan menekan pautan dan mengisi butiran peribadi, termasuk nombor serta pin akaun bank dalam aplikasi terbabit.

“Selepas itu, mangsa mendapati wang dalam akaunnya dipindahkan tanpa kebenaran ke beberapa akaun dan platform lain dengan transaksi berjumlah RM5,000, RM5,100, RM2,200 dan RM1,974.55,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas menerima makluman daripada bank, sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.