Universiti kutuk pembunuhan kucing di kampus Setapak

Universiti kutuk pembunuhan kucing di kampus Setapak

Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman berkata, ia akan memberi kerjasama kepada polis dalam siasatannya.

tar umt
Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman berkata, ia tidak akan bertolak ansur dengan kekejaman terhadap makhluk hidup. (Gambar TAR UMT)
PETALING JAYA:
Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) mengutuk pembunuhan tiga ekor kucing dalam kampusnya di Setapak.

Menurutnya, ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kekejaman terhadap makhluk hidup.

“Universiti menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan apa yang perlu. Kami akan terus memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Ketua Polis Wangsa Maju, Lazim Ismail mengesahkan satu laporan dibuat berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku 17 Nov lalu.

Beliau dilaporkan berkata, kucing itu ditemui mati dan berlumuran darah di tangga asrama pelajar.

Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan khianat dan membunuh haiwan.

Menurut catatan pengguna TikTok Nanisnanaa, kucing itu ditemui dengan kesan tikaman di kepala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.