
Beliau berkata PN akan tetap menolak sekiranya draf kedua itu diwujudkan, selain menyifatkan draf pertama ‘tidak boleh diterima’.
“Zaman saya tiada Mou pun, alahai RM300,000 itu apa benda (berapa sahaja nilai). Bagi sahajalah kalau niat tu baik, bukan untuk wakil rakyat, tapi untuk rakyat….
“Kenapa tak boleh nak tolong, kata banyak duit berbillion-billion, sedikit pun tak boleh nak bantu, jadi tak perlu Mou lah,” katanya dalam sidang media pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Shah Alam.
Justeru Muhyiddin menggesa kerajaan menyegerakan kelulusan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang sekiranya berniat baik.
Pada 15 Sept lalu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata PN sebulat suara menolak draf MoU itu atas sebab empat sebab antaranya didakwa bertentangan Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
Sehari selepas penolakan itu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mendedahkan dua draf MoU sebagai maklum balas pihak pembangkang yang dikatakan lebih gemar membuat kenyataan melalui media, bagi membuktikan ketelusan kerajaan Madani.
Beliau turut mengalu-alukan pembangkang cadangan baharu atau maklum balas.
Dalam pada itu, berkaitan cadangan pelantikan Takiyuddin Hassan sebagai setiausaha agung PN, Muhyiddin berkata semua pihak boleh mengemukakan cadangan kerana akhirnya perkara itu akan dibawa dan putuskan dalam Majlis Tertinggi PN
“Saya mendengar pendapat tapi akhirnya pimpinan akan buat keputusan,” katanya.