123,554 mangsa banjir di 708 PPS di 9 negeri

123,554 mangsa banjir di 708 PPS di 9 negeri

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 38 daerah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor terjejas.

jengkaut
Penduduk menaiki jengkaut menyeberangi jalan dinaiki air di Ajil ke Kuala Berang di Hulu Terengganu semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 123,554 mangsa banjir daripada 37,178 keluarga ditempatkan di 708 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri setakat 9.15 pagi ini berbanding 102,253 orang malam tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 38 daerah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor terjejas.

Keadaan di Kelantan paling teruk dengan 82,447 mangsa daripada 25,459 keluarga berlindung di 279 PPS di 10 daerah.

Terengganu merekodkan 32,787 mangsa daripada 9,242 keluarga ditempatkan di 334 PPS di lapan daerah.

mangsa banjir
Penduduk meredah banjir setinggi paras dada di Kampung Lati, Pasir Mas semalam. (Gambar Bernama)

Negeri Sembilan membuka 22 PPS di empat daerah yang menempatkan 2,210 mangsa daripada 621 keluarga.

Kedah mencatatkan 4,566 mangsa daripada 1,435 keluarga di 51 PPS di enam daerah, manakala 488 mangsa daripada 145 keluarga ditempatkan di empat PPS di tiga daerah Perlis.

Di Selangor, 468 mangsa daripada 105 keluarga dipindahkan ke dua PPS di sebuah daerah, sementara Johor pula mencatatkan 339 mangsa membabitkan 102 keluarga di sembilan PPS di dua daerah.

Enam PPS di tiga daerah Melaka pula menempatkan 229 mangsa daripada 62 keluarga, manakala tujuh keluarga dengan 20 mangsa dipindahkan ke sebuah PPS di Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.