Hujan berterusan di 8 negeri hingga esok

Hujan berterusan di 8 negeri hingga esok

METMalaysia berkata negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan pada tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang melibatkan lapan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, sehingga esok.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan pada tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan, khususnya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Terengganu.

Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) pula diramalkan mengalami hujan lebat berterusan pada tahap buruk dalam tempoh yang sama.

Hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) serta Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.