
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata penurunan itu selari penurunan harga semasa pasaran beras dunia serta pengukuhan nilai tukaran ringgit berbanding USD.
“Kerajaan optimis inisiatif ini akan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui peningkatan akses dan ketersediaan bekalan beras pada harga yang lebih rendah,” katanya dalam kenyataan.
Ini kali kedua Bernas mengumumkan penurunan harga BPI di pintu gudangnya di Semenanjung, sebelum ini pada Mac lalu menyaksikan perubahan daripada daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan metrik.
Penurunan itu menyaksikan berlaku penurunan harga jualan BPI antara RM2 hingga RM3 bagi setiap kampit 10kg di peringkat runcit.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan meneruskan perbincangan bersama pemegang taruh untuk memperhalusi rancangan jangka panjang mengenai struktur kos pengeluaran beras lebih realistik.
Katanya, langkah itu dapat memastikan industri padi dan beras negara terus berkembang dan seterusnya dapat menjaga kebajikan pesawah serta meningkatkan tahap sara diri (SSR) beras negara.
“Keputusan ini mencerminkan komitmen utuh Kerajaan Madani dalam menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara,” katanya.