Rina dilantik bendahari Bersatu, Tun Faisal ketua penerangan

Rina dilantik bendahari Bersatu, Tun Faisal ketua penerangan

Pelantikan kedua-dua tokoh itu bagi penggal 2024-2027 berkuat kuasa hari ini, umum Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Rina Harun dan Tun Faisal Ismail Aziz masing-masing sebagai bendahari dan ketua penerangan parti berkuat kuasa hari ini.
PETALING JAYA:
Bekas ketua Wanita Bersatu Rina Harun dilantik sebagai bendahari parti, manakala bekas pemimpin akar umbi Umno Tun Faisal Ismail Aziz menjadi ketua penerangan.

Pelantikan kedua-dua tokoh itu diumumkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini.

“Pelantikan ini akan berkuatkuasa pada hari ini,” kata Muhyiddin menerusi hantaran di Facebook.

“Saya berdoa mereka yang dilantik akan menjalankan tugas-tugas termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti.”

Muhyiddin turut mengesahkan pelantikan Azmin sebagai setiausaha agung menggantikan Hamzah Zainudin yang bakal menduduki kerusi timbalan presiden susulan kemenangannya pada pemilihan parti awal bulan ini.

Rina, bekas menteri dari 2018 hingga 2022 tidak mempertahankan kerusi ketua Wanita yang dimenangi Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin pada pemilihan sayap itu.

Beliau akan menggantikan Mohd Salleh Bajuri sebagai bendahari.

Sementara itu, Faisal yang juga ahli jawatankuasa Bersatu Wilayah Persekutuan akan menggantikan Exco Terengganu Razali Idris yang tewas pertandingan naib presiden.

Beliau yang lantang mengkritik Zahid Hamidi ketika dalam Umno dipecat parti itu pada Januari tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.