
Mangsa, Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66 tahun, sebelum itu dikatakan pergi ke kawasan sawah padi bersama tiga lagi rakan untuk memukat ikan, kira-kira 8.15 pagi.
Bagaimanapun, ketika melakukan aktiviti mengangkat pukat, mangsa dilaporkan hilang sebelum rakan-rakannya berusaha menyelamatkannya.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.08 pagi sebelum menghantar 10 anggota ke tempat kejadian.
Katanya, mangsa kemudiannya berjaya ditemui kira-kira 10.10 pagi sekitar jarak lima meter dari lokasi dilaporkan hilang.
“Hasil pencarian selama kira-kira satu jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa di dasar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, menurut Astro Awani.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.