Banjir 6 negeri makin buruk, rekod lebih 35,000 mangsa

Banjir 6 negeri makin buruk, rekod lebih 35,000 mangsa

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 29,113 orang.

banjir kelantan
Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Johor dan Perak kini meningkat kepada 35,426 mangsa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bilangan penduduk terjejas akibat banjir di enam negeri dilaporkan meningkat apabila 35,426 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 305 PPS telah dibuka di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Johor dan Perak.

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 29,113 orang yang ditempatkan di 305 PPS di sembilan daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Machang, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Bachok dan Tumpat.

Ia menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding 12,526 mangsa banjir di Kelantan setakat 4 petang semalam.

Jumlah mangsa banjir juga meningkat di Terengganu, daripada 1,851 semalam kepada 5,906 pada 8 pagi tadi. Mereka ditempatkan di 144 pusat perlindungan di enam daerah.

Keadaan juga bertambah buruk di Kedah dan Perlis, yang masing-masing mencatatkan seramai 180 dan 179 orang mangsa.

Di Perak dan Johor, jumlah mangsa banjir masing-masing kekal 20 dan 28 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.