
Beliau berkata, pengumuman itu akan dibuat perdana menteri bulan depan, melibatkan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
“Ini merupakan satu jumlah yang besar dan menunjukkan komitmen kerajaan perpaduan dalam usaha memastikan semua rakyat mampu memiliki rumah, termasuklah penjawat awam.
“Mereka (penjawat awam) juga akan diberikan ruang serta peluang, bagi yang memerlukan rumah mampu milik,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi dan meninjau Projek Menaiktaraf Pasar Siti Khadijah hari ini.
Nga berkata, Anwar akan turut memaklumkan perincian berhubung projek itu.
Semalam, media melaporkan 688,663 daripada 1.3 juta penjawat awam yang masih berkhidmat belum memiliki rumah dengan majoritinya dalam kalangan kumpulan pelaksana.