PDC kena bayaran cukai tambahan RM49 juta susulan audit

PDC kena bayaran cukai tambahan RM49 juta susulan audit

Ketua menteri Pulau Pinang ditanya sama ada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pernah terima teguran atau pertanyaan oleh LHDN.

Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Chow Kon Yeow kata tiada pengecualian cukai bagi keuntungan projek Skim Perumahan Mampu Milik yang menggunakan geran dari kerajaan negeri sepenuhnya, menurut audit LHDN. (Gambar X)
GEORGE TOWN:
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dikenakan bayaran cukai tambahan sejumlah RM49 juta susulan audit oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Audit bagi tahun taksiran 2017 hingga 2020 itu itu dijalankan antara Ogos 2022 sehingga Ogos 2024, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (PH-Air Putih), di DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata audit LHDN menemui tiga perkara, pertamanya tiada pengecualian cukai bagi keuntungan projek Skim Perumahan Mampu Milik yang menggunakan geran dari kerajaan negeri sepenuhnya.

Kedua, amaun ‘future cost’ dalam kos penjualan tanah industri tidak dibenarkan untuk dituntut.

Akhir sekali, berkaitan pemasaran dan promosi jualan, geran operasi kepada Invest Penang dan The Penang International Halal Hub Development Sdn Bhd tidak dibenarkan untuk dituntut.

Chow turut membutirkan jumlah cukai korporat yang dibayar PDC setiap tahun, sejak 2007 sehingga 2023.

Beliau berkata RM28.7 juta dibayar pada 2020, RM48.5 juta dibayar pada 2021, dan RM70.73 juta dibayar pada 2022.

Jumlah yang pada 2023 pula adalah sebanyak RM34.8 juta.

Lim bertanya sama ada PDC pernah menerima sebarang teguran ataupun pertanyaan (tax audit query) oleh LHDN tentang jumlah cukai korporat yang dibayar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.