Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mahu menutup suis mesin basuh di depan rumahnya yang dilanda banjir di Pasir Puteh, Kelantan.

garisan kuning
Bomba berkata mangsa ditemui beberapa meter dari lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, untuk tindakan lanjut.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik di rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 33 tahun mahu menutup suis mesin basuh di depan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Banir Belikong.

Akibat terkena renjatan itu, mangsa kemudian terjatuh ke dalam sungai berhampiran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.57 pagi.

“Jasadnya ditemukan pada 5.30 dalam keadaan tersangkut di pokok bunga, beberapa meter dari lokasi kejadian.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.