BN usah ghairah, elak pilih calon muda ‘tangkap muat’, kata penganalisis

BN usah ghairah, elak pilih calon muda ‘tangkap muat’, kata penganalisis

Mazlan Ali berkata calon muda Umno dan BN harus mempunyai ciri-ciri boleh menang seperti berketerampilan dan mempunyai rekod baik.

bendera bn bernama-080924-1
Ahad lalu, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata komponen itu akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutamanya daripada kalangan anak muda, pada PRU16. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Penganalisis mengingatkan Barisan Nasional (BN) bukan semua kerusi sesuai diletakkan orang muda sebagai calon tetapi mempunyai ‘aura tambahan’ untuk menarik pengundi.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata ‘keghairahan’ meletakkan orang muda berdasarkan kemenangan PRK Nenggiri dan Mahkota juga perlu dielakkan sehingga akhirnya meletakkan ‘calon tangkap muat’.

Menurutnya, pemilihan harus dibuat sekiranya seseorang pemimpin dan ahli BN itu mempunyai ciri-ciri boleh menang tanpa mengira usia mereka.

“Walaupun muda perlu ada ciri-ciri ‘winnable candidate’ seperti berketerampilan, latar belakang dan ‘track’ rekod baik serta mempunyai hubungan baik dengan komuniti.

Mazlan Ali
Mazlan Ali.

“Jangan akhirnya letak calon tangkap muat,” katanya kepada FMT.

Ahad lalu, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata komponen itu akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutamanya daripada kalangan anak muda, pada PRU16.

Menurutnya, usaha itu menjadi satu daripada lima langkah digariskan dalam memperkukuh parti-parti komponen BN untuk meraih sokongan rakyat.

Mohammad Tawfik Yaakub
Mohammad Tawfik Yaakub.

Sementara itu, Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata keputusan Umno meletakkan orang muda dalam beberapa siri PRK telah membantu sedikit sebanyak memastikannya kekal relevan dalam politik negara.

“Umno telah menguji keberanian dengan meletakkan calon muda dan cukup lengkap pakej bagi memenangi hati pengundi.

“Calon dikemukakan Umno mestilah sentiasa berkhidmat kepada masyarakat sebelum dicalonkan, mempunyai kebolehan berinteraksi dengan rakyat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.