6 perompak bersenjata samun 3kg emas di Ipoh

6 perompak bersenjata samun 3kg emas di Ipoh

Suspek bersenjata pisau dan parang merompak pemilik premis ketika dalam perjalanan menghantar emas kepada pelanggan.

Kejadian rompakan berlaku di sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh, pagi tadi. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Enam lelaki bertopeng disyaki melarikan emas seberat tiga kilogram dalam rompakan bersenjata di sebuah premis pemprosesan emas, di Jalan Bendahara, Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian sekitar 9.30 pagi, rompakan berlaku ketika pemilik premis ingin masuk ke kenderaannya bagi menghantar barangan kemas kepada pelanggan.

Menurut Sinar Harian, lelaki berusia 50-an itu, berkata semua suspek memakai sarung muka dengan bersenjatakan pisau dan parang.

Katanya, dua kenderaan dinaiki suspek bertindak menghalang kenderaannya, sebelum merampas sebuah beg mengandungi emas terbabit.

“Kejadian berlaku begitu pantas, saya tidak mampu berbuat apa-apa.

“Satu daripada kereta suspek telah melanggar bahagian belakang kenderaan saya. Mujurlah saya sempat mengelak dan hanya cedera sedikit di bahagian kaki,” katanya menurut laporan itu.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.