
Ahmad, komposer terkemuka, pemuzik, dan penyanyi menulis lebih 2,000 judul lagu, termasuk mencipta runut bunyi dalam filem terkenal.
Antara ciptaannya, adalah “Malaysia Truly Asia” oleh Khadijah Ibrahim, yang menjadi penarik utama dalam promosi pelancongan Malaysia.
“Ini adalah hari menyedihkan bagi industri muzik kerana kita berduka dengan kehilangan seorang yang memberi sumbangan tidak terkira kepada industri muzik,” kata Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Freddie Fernandez kepada FMT.
“Arwah telah pergi, namun lagunya kekal selamanya.”
Ahmad dilahirkan pada 1932 di Pulau Pinang. Beliau dan adiknya, Akbar Khan mendalami muzik daripada ayah mereka, yang berasal daripada Pakistan.
Akbar, yang juga komposer terkenal dan pemuzik, meninggal dunia pada Ogos lalu, pada usia 86.
Ahmad juga pernah bekerjasama dengan artis legenda lain seperti P Ramlee, Saloma, Sudirman Arshad, dan Sharifah Aini. Ahmad juga menjadi watak utama mengembangkan kerjaya artis popular seperti Jamal Abdillah, Khadijah, dan Ramlah Ram.
Ahmad menerbitkan lebih 200 album yang turut dinyanyikan artis Indonesia, seperti Hetty Koes Endang and Broery Marantika.
Beliau pernah berkhidmat bersama Orkestra RTM selama 17 tahun dan menang beberapa anugerah, termasuk Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi gubahan pertamanya, Bintang Malam, pada 1980.
Ahmad turut diberi pengiktirafan menerima ijazah kedoktoran terhormat dalam bidang penulisan dari Universiti Putra Malaysia pada 2000.