China lanjut 30 hari tempoh pengecualian visa rakyat Malaysia

China lanjut 30 hari tempoh pengecualian visa rakyat Malaysia

Pelaksanaan tempoh itu akan berkuat kuasa pada 30 Nov sehingga 31 Disember ini.

pelancong KLIA
Pelancong Malaysia akan diberi pengecualian visa pelancong sehingga 30 hari berbanding 15 hari ketika ini, yang berkuat kuasa pada 30 Nov nanti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Rakyat Malaysia yang berkunjung ke China akan diberi pengecualian visa pelancong sehingga 30 hari berbanding 15 hari ketika ini.

Dalam kenyataan di Facebook, Kedutaan China memaklumkan, pelaksanaan tempoh itu akan berkuat kuasa pada 30 Nov sehingga 31 Dis ini.

“China meluaskan skop dan memanjangkan tempoh menetap rakyat Malaysia yang termasuk dalam kategori tersenarai dasar perintis pengecualian visa China ke Malaysia, berkuat kuasa dari tengah malam pada 30 Nov hingga tengah malam pada 31 Dis 2024 (waktu Beijing).

“Pemegang pasport biasa rakyat Malaysia yang datang ke China untuk tujuan perniagaan, bersiar-siar, melawat saudara-mara atau rakan-rakan, transit dan yang menghadiri program pertukaran, boleh masuk ke China tanpa visa dan tinggal di negara itu tidak melebihi 30 hari.

“Mereka yang tidak termasuk dalam kategori yang disenaraikan di atas masih perlu mendapatkan visa sebelum pergi ke China,” katanya.

China sebelum ini dilaporkan bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dilaporkan berkata, persetujuan itu dicapai ketika kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri China Li Qiang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.