
Tertuduh, Mohd Alifah Mohd Sapie, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret M S Arunjothy, lapor Berita Harian.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri masing-masing seutas rantai leher dan tangan milik si mati bernama Nur Farhana Nisha Syazwan, 26, dalam sebuah kereta di tepi jalan Prima Setapak, Wangsa Maju pada 2.40 pagi, 1 Okt lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Vivi’Asnita Zaina’Larifin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan berikutan ia adalah kesalahan tidak boleh dijamin.
Peguam mewakili tertuduh, Lavinia Raj bagaimanapun memohon jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung lima anak masih kecil dan bersekolah.
Arunjothy kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 22 Jan depan.