Bachok daerah pertama Kelantan dilanda bah

Bachok daerah pertama Kelantan dilanda bah

Bachok dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lalu.

bachok
Anggota polis dan tentera memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di Bachok. (Gambar Facebook)
KOTA BHARU:
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 30 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan paras amaran dengan bacaan 2.6m setakat 7 malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.