
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Beliau berkata setakat ini terdapat sebanyak 11 laporan berkaitan isu sama dan seramai 12 saksi sudah dirakam keterangan.
“Siasatan berkaitan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT). Kertas siasatan akan dirujuk ke AGC dalam masa terdekat,” katanya hari ini, menurut Harian Metro.
Media sebelum ini melaporkan Gabungan 20 badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR), membuat laporan polis berhubung satu video tular didakwa memfitnah Anwar berhubung wawancara berkenaan.
Jurucakap gabungan itu, Shahbudin Embun, dilaporkan berkata video dimuat naik seorang individu menggunakan akaun ‘Papa Berry Studio’ di platform YouTube itu bertujuan menghasut orang ramai untuk menimbulkan kemarahan rakyat, terutamanya orang Islam di Malaysia.
Menurut video tular yang turut dilaporkan beberapa portal itu, Anwar dalam wawancara bersama wartawan British Richard Quest seolah-olah mengiktiraf hak Israel untuk wujud dan ‘mempertahankan diri’.
Bagaimanapun, Anwar yang menjelaskan perkara itu sama sekali menolak dakwaan pihak tertentu bahawa beliau mengiktiraf Israel dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.