
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan nahas melibatkan dua kereta berkenaan.
“JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan diminta memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka menunjukkan sebuah kenderaan petugas polis sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga, seperti dimuat naik di Facebook, sejak petang tadi.
Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu memandu laju ketika hujan, sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga.