Adun Sindumin akui dipanggil SPRM

Adun Sindumin akui dipanggil SPRM

Yusof Yacob berkata beliau telah memberikan kenyataan dan menjawab soalan SPRM.

SPRM maklum lima Adun dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung aduan seorang ahli perniagaan disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan projek mineral. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Adun Sindumin mengaku dipanggil badan antirasuah bagi rakaman percakapan berhubung aduan seorang ahli perniagaan disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan projek mineral di Sabah.

Yusof Yacob bagaimanapun tidak memperincikan bila kenyataannya dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya telah memberikan kenyataan dan menjawab soalan SPRM. Biarkan SPRM menjalankan tugas mereka dan saya akan memberikan kerjasama penuh,” katanya lapor Berita Harian.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima Adun dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung aduan tersebut.

Menurut badan antirasuah itu, siasatan awal terhadap aduan itu membawa kepada penemuan maklumat mengaitkan beberapa Adun Sabah disyaki terlibat dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

Sebelum ini, pemberi maklumat dilapor memberikan lapan video kepada Malaysiakini mengaitkan seorang ahli perniagaan dengan beberapa Adun didakwa membincangkan rasuah ratusan ribu ringgit untuk mereka sebagai balasan mendapatkan projek di Sabah.

Pada 12 Nov lalu, FMT melaporkan satu laporan dibuat kepada SPRM terhadap bekas pegawai kanan sebuah syarikat perlombongan negeri di Sabah didakwa menyalahgunakan kuasanya dengan bekerja dengan broker untuk membantu syarikat cari gali mineral mendapatkan lesen cari gali melalui rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.