
Lima projek tersebut, melibatkan peruntukan RM28.6 juta, merangkumi projek pemuliharaan muara Sungai Baru dan Sungai Punggor, dan projek mencegah hakisan pantai di Pantai Telok Gong.
Selain itu, pemasangan dan naik taraf peralatan mekanikal dan elektrikal bagi Stesen Rangkaian Hidrologi Nasional, dan pembinaan Stesen Hidrologi Telemetri untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa II.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Fadillah Yusof menyaksikan serahan projek Jabatan Pengairan dan Saliran tersebut di suatu acara di Majlis Perbandaran Alor Gajah, bersama Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Sementara itu, Fadillah yang juga timbalan perdana menteri mengumumkan pembinaan tujuh Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Melaka yang bermula pada Ogos 2022 dijangka siap pada Ogos 2025.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kemajuan RTB, Fadillah memaklumkan pembinaan yang membabitkan peruntukan RM1,006 bilion itu berjalan lancar.
Ia membabitkan beberapa skop seperti membina kolam takungan banjir dan aliran air bagi memudahkan aliran air ke sungai, serta bentang-bentang untuk mencegah limpahan air di kawasan rendah.
Tujuh projek tersebut merangkumi RTB Alor Gajah Fasa I di Kampung Tebat, RTB Sungai Melaka Fasa I di Durian Tunggal, RTB Sungai Duyong, RTB Bandar Merlimau, RTB Bandar Jasin, dan RTB Sungai Putat.
Selain itu, naik taraf kolam Krubong-Durian Tunggal menjadi kolam dwi fungsi untuk tebatan banjir dan sumber air.
Bagi projek RTB di Kampung Tebat, yang melibatkan peruntukan RM30 juta, Fadillah berkata sasaran projek itu untuk melindungi lebih 1,200 penduduk daripada banjir.
Majlis petang tadi bersempena siri pertama jelajah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) Skuad bagi Zon Selatan, yang bermula hari ini.
Petra Skuad adalah inisiatif turun padang untuk meninjau dan mendapatkan maklum balas langsung mengenai isu tenaga dan air tempatan, serta mencari solusi dalam merangka pelan tindakan.