
Geoffrey Williams berkata cukai lebih rendah sentiasa dialu-alukan, tetapi venue, hotel dan aktiviti pelancongan juga perlu menarik.
Beliau menyokong penilaian sewajarnya kesan potongan cukai ke atas pelancongan.
“Peningkatan dalam pendapatan pelancongan perlu lebih tinggi daripada kehilangan hasil.
“Potongan itu juga perlu disalurkan kepada pelancong atau pekerja, bukan kepada keuntungan syarikat pelancongan.”
William menyarankan kerajaan mempertimbangan pengurangan cukai pelancongan asing.
“(Cukai pelancongan asing) meningkatkan hasil sangat sedikit dan menjadi punca menjengkelkan serta diskriminasi yang lebih baik dimansuhkan.”
Williams mengulas insentif dicadangkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing pada 9 Nov lalu yang berharap dapat mengukuhkan sektor pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Tiong turut mencadangkan pengecualian khas untuk perbelanjaan pelancongan domestik, digabung cadangan potongan cukai.
Beliau berkata kementeriannya sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk meneroka insentif itu lebih lanjut.
Ahli ekonomi Yeah Kim Leng berkata berdasarkan prestasi sihat ekonomi negara tahun ini, insentif tidak perlu disediakan untuk meningkatkan perbelanjaan pelancongan domestik kerana ia akan mendatangkan kesan positif terhadap ekonomi – meningkatkan perbelanjaan ketika ekonomi berkembang pesat – dan mungkin membawa kepada inflasi.
Beliau berkata lebih baik mempertimbangkan insentif untuk meningkatkan pelaburan dalam promosi menarik pelancong ke Malaysia, infrastruktur dan kemudahan pelancongan.
“Pemain industri juga boleh meningkatkan perbelanjaan untuk meningkatkan tahap kemahiran, gaji dan kualiti perkhidmatan bagi melengkapkan usaha kerajaan meningkatkan sumbangan nilai tambah sektor pelancongan kepada ekonomi.”