
Beliau berkata, ia merangkumi 227 sekolah di Sarawak, Sabah (208), Pahang (93), Kelantan (91), Terengganu (90), Perak (45), Selangor (42), Kedah (23), Kuala Lumpur (19), Johor (19), Pulau Pinang (15), Negeri Sembilan (10) dan Melaka (sebuah).
Sehubungan itu, pihaknya mengambil langkah awal menghadapi monsun timur laut (MTL) yang bermula bulan ini hingga awal tahun depan.
“Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat pelancaran kesiapsiagaan menghadapi MTL 2024/2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Garuda, Kuantan pada 28 Okt lepas.
“Kita bersedia sepenuhnya dengan mengaktifkan jawatankuasa sedia ada di peringkat negeri, daerah dan kebangsaan. Di Terengganu sendiri, 80 sekolah bersedia dijadikan pusat pemindahan sementara jika berlaku banjir,” katanya selepas merasmikan Majlis Sekalung Budi Sejunjung Kasih Kenangan Abadi Jabatan Pendidikan Terengganu di sini.
Azman berkata, pihaknya juga meningkatkan kerjasama dengan agensi lain dan menambah penglibatan warga KPM sebagai sukarelawan banjir.
“KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling menerusi ‘Smart Support Team’ dan ‘Academic Support’ bagi membantu dari aspek sokongan moral. Kit sukarelawan juga disediakan untuk kerja pembersihan pascabanjir.”